Salam untuk semua..
malam weekdays aku diisi dgn pelbagai aktiviti; kelas mekap n praktis caklempong.. persembahan caklempong dah berjaya

, so skrg ni tinggal nak habiskan kelas mekap yg dah lama terbengkalai..
seperti biasa, pada hari selasa (3 Jun 08) lepas aku n norul bersiap sedia ke kelas.. kami bertolak macam biasa.. tapi bila time aku nak kuar rumah, tetiba jer anak dara aku hulur tgn nak salam. masa tu dah terdetik, "nape lain macam jer Aqiesh ni"

. tapi buat tak tau je la.. dan masa nak kuar rumah tu pulak dah rasa lain macam

tapi aku tetap dgn niat asal utk teruskan niat ke kelas yg dah lama terbengkalai..
nak dijadikan cerita, bila sampai kg ubai, kereta dr arah bertentangan nak memotong tapi masa tu jarak kereta tu dgn kereta norul dah dekat sgt. so, dgn pantas norul mengelak ke tepi. tp dalam masa yg sama ada lak tiang lampu kat depan so, nak tak nak norul terpaksa lak pusing ke kanan balik. bila dah pusing ke kanan tu la kereta yg kami naiki mula berpusing2..

dan terus masuk ke dalam longkang yg agak dalam dan besar secara mengundur,, aku masa tu apalagi, menjerit-jerit la

tapi, nasib baik la norul ni cool aje... Ya Allah.. masa tu aku dah takde pikir lain dah.. ingat mati jer...
Alhamdulillah.. umur kami masih panjang... aku tak de cedera pun tapi norul jer yg lebam2 sket kat lengan.. masa dah keluar dari kereta tu barulah terpikir macam2... ingat anak, suami, mah n bak, adik beradik, kawan-kawan

kalau umur aku pendek macam mana??

mungkin malam tu la malam terakhir aku menikmati keindahan ciptaan tuhan ni.. mula la terfikir, adakah aku betul2 dah bersedia nak menemui Yg Maha Esa??
so, di kesempatan ni aku harap semua yg baca kisah ini supaya menikmati hidup pinjaman tuhan yang sedetik ini untuk menghargai semua insan2 tersayang yg ada disisi kalian.. anggap lah semua kekurangan mereka sebagai cabaran yg paling manis yg mesti kita hadapi kerana
kita akan rasa kehilangan mereka apabila mereka telah tiada disisi kita...percayalah..
renung-renungkan lah...
| Quote: |
| Kisah ni ditulis utk muhasabah diri n utk renungan bersama... bukan salah norul pun.. dah benda nak jadi kan.. |